Thursday, October 23, 2014

Ho Chi Minh:Day 1

Assalamualaikum....


Setelah siap preparation, bermulalah pengembaraan kami ke Ho Chi Minh (HCM). Saya dari Melaka dihantar ke LCCT oleh adik dan tunangnya manakala Trah & Zai dihantar oleh family memasing. Perjalanan KL ke HCM mengambil masa lebih kurang 2 jam. So, kami sampai dalam 11.30pg. Kami terus check-in hotel, simpan beg dan mulakan meredah jalan mencari tempat2 dalam wanted list.Tempat penginapan kami An Tham 2 hotel terletak jauh byk dari tempat orang Malaysia suka pergi so kami kena survey tempat dulu lah.



1st place, Ben Thanh Market dah dijumpai lokasinya, kami proceed mencari kedai makanan halal pula. VN Halal dekat saja dari Ben Thanh, cuma beberapa minit berjalan dah jumpa. Kami mencuba kopi Viet yang dikatakan no.2 tersedap ni dunia ni (1st is Brazil) and pho mee.


Marbeles dua nih, wajib mencuba! Sampai addicted lah kami dibuatnya. Selepas itu, kami proceed mencari tourist guide untuk ke Mekong and Chu Chu Tunnel pula. After buat research after research, kami shortlist few agents antaranya Saigon Pink Hotel punya pakej, hotel kami punya pakej and Sinh Cafe ternyata paling murah. Tetapi, on the way ke Sinh Cafe ada a very nice lady yang offer service dia. Kami dengar semua pakej dia and minta diri ke Sinh Cafe dulu. Kalau boleh kami nak yang paling murah & yang paling boleh dipercayai.

Then, lepas jumpa Sinh Cafe rupanya servis nice lady yang bernama Miss Kanh tu lagi lagi lagi murah! Kami amik pakej

1) Mekong Delta 1 Day Tour - 10 usd or 207,000 vnd
2) Chu Chi Tunnel Half Day Tour - 6 usd or 123, 000 vnd
3) HCM Half Day Tour - 6 usd
4) Water Puppet Show kalau beli tiket sendiri 10 usd tapi if amik dengan Miss Kanh 8 usd termasuk taxi pergi balik.

Sangat murah tau sebab hotel kami amik 24 usd untuk ke Mekong sahaja. Yang lagi best, Miss Kanh personally datang jemput depan hotel ke bas.





Miss Kanh sebenarnya baru beberapa bulan ja buka travel agensi dia, after dia kahwin. Kami merupakan pelanggan from Malaysia yang pertama dia. Dia jaga kami dengan baik. Dia ajar kami tengok peta Viet, belikan simcard & topup, hantar ke restoran halal and bagi voucher teksi murah ke airport. Sekiranya berminat silalah hubungi Miss Kanh di:

VN LOTUS TRAVEL, add: 210A De Tham St., Pham Ngu Lao Ward, District 1, HCM. Tel: +84-8-39209853/ +84905958514, Website: vietnamtourslotus.com and Emel: info@vietnamtourslotus.com.

Cawangannya di Hanoi baru sahaja dibuka, alamatnya:

Ha Noi Branch Add: 1A Ma May St, Hang Buom Ward, Hoan Kiem Dist., Ha noi, Vietnam Phone: +84.4.62 914 617 Hotline: +84.1684800568 (Ms. Dao) Email: daotravelagency@gmail.com https://www.facebook.com/daos.travelagency

Kemudian, kami berjalan kaki menuju ke Ben Thanh ( sempat 1 jam kat sana, tutup 6pm) yang letaknya tak jauh dari tempat travel tourist dan night market untuk shopping baju untuk esok lusa. Kami bawa sedikit ja baju ke sana. Peringatan! Jangan beli barang di night market! Seriously, asik kena tipu je kat sana. Kalau boleh beli barang kat Ben Thanh ja, harganya dikawal oleh kerajaan Viet.

Contoh penipuan yang menggeramkan:
1) Baju Tshirt Vietnam.
Kami pujuk rayu bagai dapat lah harga yang rasanya murah. Kami pun sangat hepi lalu borong untuk adik beradik dekat sejuta dong, tetapi bila last day kami shopping kat Ben Thanh harga lagi lagi murah. Tak perlu bargain dah sedia murah, sakit hati.

2) Key-chain
Kawan saya beli key-chain dapatlah 1 rm3 tapi the next day saya dan kawan lg sorang tekad nak bargain sampai dpt 1 rm1. Dapat! Hepi gila muka kami macam dah menang la. Si pekedai pula nampak sangat sedih sebab kalah. Tapi tau dak, last day kami tengok kat kedai sebelah Kedai Makan Adik Abang jual key chain yang sma 1 rm1 tanpa perlu bargain berjam2! Cis.

Memang pasrah aje lah 1st day tu..


Siap belibeli di night market, kami pulang ke hotel menaiki taxi ke hotel. Esok Mekong Delta tour akan bermula awal pagi.

2 comments:

  1. Kalau naik bas henti2 ke Cu Chi Tunnel lebih sikit US$1 (dalam RM4 iaitu 26000 dong) pergi balik tapi x masuk harga tiket masuk iaitu 90000 dong (RM14)...

    ReplyDelete
  2. Saya juga dapat fridge magnet atau key chain sepapan (ada 10 unit) RM5 je dan ditawar beg Dueter 30l RM25 sahaja di pasar malam depan restoran Hajah Basiroh...

    ReplyDelete